Kali nie aku akan menulis sedikit mengenai blogger sukan tempatan, selain dari bc paper atau majalah.. salah satu sumber sukan aku nie ialah blog.. blogger terkenal Rizal Hashim.. sbb dah dekat ngan nama aku so aku suka lah... hahahaha... siapa Rizal Hashim nie.. entah ler aku bukan kenal sgt pun tapi sejak akhir2 nie dia jadi glamour plak, lantak lah yang penting aku dapat beberapa ilmu dari blog dia... itu yang aku suka tue, pengetahuan yang baru.
nie la gambar Rizal Hashim (bj biru) bersama Hafizal Hamad
blog dia yang terkenal "Malaysian Sport Loose Cannon".. sori la bro, dari situ la aku cilok gambar ko, harap ko xmarah ler... bukan gambar nie yang aku nak kongsi sebenarnya. cite mengenai pengalaman yang di alami oleh pemain bola sepak kita di Indonesia. maklumlah aku bukan ade pengalaman mcm tu pun so aku ciluk la dari blog dia buat tatapan semua.... kredit to Rizal Hashim (jgn marah bro)...
Senarai cabaran di JakartaMalaysia boleh bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran apabila bertandang ke Jakarta Rabu ini. Berikut senarai cabaran yang menanti.
1. Tiada kawalan keselamatan untuk penyokong Malaysia di
Stadium Utama Gelora Bung Karno kerana
Stadium Utama Gelora Bung Karno kerana
petugasnya yang memakai seragam, sekadar pemerhati.
2. Jakarta terkenal dengan kesesakan lalu lintas atau macet. Tapi pasti tiada usaha memberi laluan kepada bas pasukan Malaysia. K. Rajagobal dan anak buahnya akan mengharungi macet untuk pergi dan pulang dari gelanggang latihan.
3. Jika Malaysia memberi 15,000 tiket kepada Kedutaan Indonesia untuk pertemuan di Stadium Nasional, berapa puluh keping agaknya PSSI akan beri kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta?
4. Bas pasukan Malaysia akan dibawa ke satu tempat sesak dengan penyokong Indonesia untuk dicerca, diherdik dan dicaci
.
5. Gelanggang latihan yang diberi macam batas tanam ubi
.
6. Jaga-jaga dengan air minuman dan ais. Pastikan ia dimasak.
7. Suasana bingit dengan mini vuvuzelas dibunyikan sehingga pemain tidak dapat mendengar sesama sendiri.
8. NegaraKu akan tenggelam dengan kebisingan lebih 90,000 penyokong Indonesia
.
9. Tiada kawalan keselamatan di hotel rasmi dan jangan terkejut jika pemain Malaysia terpaksa menggunakan laluan kakitangan hotel untuk ke tempat makan bagi mengelak gangguan.. Hati-hati dengan penyokong, sama ada mereka berniat baik atau jahat.
10. Dari hotel rasmi ke Stadium Utama jaraknya cukup dekat, tetapi ia akan mengambil masa hampir setengah jam untuk memasuki stadium. Bas akan ditendang, dipukul dan suasananya menakutkan pemain muda.
P/S : kredit to Rizal Hashim... skrg aku dah jadi peminat ko... aku amik ayat ko nie.. tapi aku
tau ko baik hati,ko nak bagi setiap pemain n pegawai Malaysia RM 100 kan, siap kan
jela duit ko, aku confident Malaysia boleh menang







1 comments:
Bro cilok jangan tak cilok hahahaha...ambik la, kongsi la pengalaman ya...
Post a Comment